Kursus Pemantapan Jati Diri – Sadong Jaya 2016

Assalamualaikum,

Kursus yang diadakan pada 20-21 Februari 2016 ini telah diadakan dengan jayanya di Dewan Sri Laila, SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada Exco Asrama, Badar Dakwah, Pengawas dan Majlis Kepimpinan Pelajar SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud telah mengikuti kursus ini. Kursus yang bertemakan “KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN” ini telah dikelolakan oleh JK Pengurusan Masjid Darul Iman, Sadong Jaya dengan kerjasama SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud mendapat sambutan yang sangat membanggakan. Dimana sasaran peserta pada mulanya cuma 30 orang tetapi penglibatan atau penyertaannya melebihi sasaran kita. Peserta telah di bimbing oleh Cikgu Hamdan bin Gani dan Cikgu Roslim bin Man selaku Fasilitator. Manakala, Tazkirah pula telah disampaikan oleh Ustaz Karim bin Wahab dari Masjid Darul Iman, dan Ustaz Mawardi bin Djafar yang merupakan pengajar di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud. Slot Ceramah pula telah disampaikan oleh Cikgu Usti bin Hj. Dolhan.

IMG20160220104749

IMG20160220123837

IMG20160221090547

IMG20160221093616

IMG20160221113806

Leave a Reply