Kem Pengucapan Awam – Simunjan 2016


Assalamualaikum,

Kem ini telah diadakan pada 20-21 Februari 2016 bertempat di SK Tungkah Melayu Simunjan. Kem kelolaan Masjid Ar-Babur Rahman, Kpg. Tungkah Melayu dan SK Tungkah Melayu ini telah dibimbing oleh Cikgu Abang Seruji bin Abang Muhi dan Cikgu Saji bin Hj. Akim sebagai fasilitator. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada 13 Lelaki dan 17 Perempuan dari sekolah tersebut. Majlis penutupan oleh Ketua Kaum, Encik Rahman bin Enggol. Kem ini juga telah dihadiri oleh AJK Kampung, AJK Masjid Ar-Babur Rahman dan guru-guru yang bertugas.

IMG_4948

IMG_4949

Leave a comment