Bengkel Penyelidikan Dan Penilaian 2013


Aktiviti Penyelidikan dan Penilaian

Dalam meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan serta memantapkan kecekapan instruksional dalam kalangan rakan kongsi, aktiviti penyelidikan dan penilaian perlu dilaksanakan secara berterusan. Untuk itu, BPP-MIS menyediakan khidmat penyelidikan dan penilaian yang mengandungi i) Kajian Tindakan, ii) Penilaian, dan iii) Penyelidikan.

Bagi tahun 2013, Kajian Tindakan berpusatkan sekolah yang dirancang untuk diadakan di 10 buah sekolah agama MIS telah berjaya dilaksanakan kesemuanya. Aktiviti tersebut yang dijalankan dalam bentuk bengkel dan kerja lapangan telah memberi manfaat kepada 556 orang guru di sekolah-sekolah berkenaan. Hasil dapatan dan laporan kajian telah didokumentasikan dan akan dibentang dalam bentuk seminar yang akan diadakan dalam tahun 2014.

Bil Pengelola / Tempat
Tarikh
Pemanfaat Penceramah dan Fasilitator
1 SK (A) Datuk Haji

Abdul Kadir Hassan

90 orang 1.       Rosni bt Man

2.       Tuniusan bt Seman

3.       Fauziah bt Mohamed

Bilik Darjah

27 Mei & 28 September

2 SK (A) MIS Bintulu 46 orang Dr Maria Mansur
Bilik Darjah

21 Mei

3 SK (A) MIS Sarikei 60 orang Abdul Razak Bahtrem
Hotel Dragon Inn

14 – 15 Jun

Pada tahun 2013, penilaian telah dibuat ke atas dua buah sekolah rendah di bawah naungan Majlis Islam Sarawak dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi sekolah tersebut. Dua sekolah yang dinilai adalah SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan (Kuching) dan SK Ibnu Khaldun (Kota Samarahan). Penilaian ini yang diketuai oleh Dr Akbar Ibrahim dan dibantu oleh empat kakitangan BPP-MIS, menggunakan kerangka konsepsual ciri-ciri sekolah berkesan. Laporan hasil penilaian kedua-dua sekolah tersebut dijangka siap pada akhir Disember 2013 dan akan dibentang kepada Majlis Islam Sarawak serta juga pihak pengurusan sekolah untuk tindakan selanjutnya.

 

 

Bil

Tempat Tarikh Peringkat
1 SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan 13  & 24 Jun Perbincangan Awal & Taklimat
2 Julai – Ogos Pengumpulan Data
3 September – November Analisa Data &

Penulisan Laporan

1 SK Ibnu Khaldun 23 Julai Perbincangan Awal & Taklimat
2 Julai – Ogos Pengumpulan Data
3 September – November Analisa Data & Penulisan Laporan

Dr. Akbar Bin Ibrahim

Selain aktiviti-aktiviti di atas, BPP-MIS juga telah mengenalpasti pada tahun 2012 melalui beberapa sesi perbincangan dan bengkel tentang keperluan untuk menjalankan penyelidikan bagi membina profil pandangan sosial belia Islam Sarawak. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan belia Islam di negeri Sarawak tentang isu-isu sosial semasa yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan, kepimpinan dan politik, ekonomi dan sosiobudaya, serta cadangan mereka tentang pendekatan atau tindakan yang perlu diambil untuk menangani cabaran dan isu-isu sosial yang berkaitan. Dalam tahun 2013, tumpuan diberi kepada usaha untuk membina dan merintis soal selidik sebagai instrumen penyelidikan utama dalam kalangan belia di Tingkatan 6. Kajian lapangan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2014. Penyelidikan ini diurusetia oleh BPP-MIS dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah dan juga diketuai oleh Dr. Akbar Ibrahim.

Bil Tujuan Tempoh Catatan
1 Membina soal selidik Februari – Mac Soal selidik dibina berpandukan kerangka cadangan, objektif kajian dan instrumen yang telah dipersetujui pada tahun 2012.
2 Melaksana dan menganalisis kajian rintis Mei – Jun Kajian rintis pada 20 Mei 2013 melibatkan 51 orang pelajar Tingkatan 6 dari SMK Petra Jaya, Kuching.
3 Memurni dan menambahbaik soal selidik Julai – Ogos Memasukkan bahagian ujian ‘harga diri’ dalam borang soal selidik yang mengandungi 50 penyataan yang dibina berdasarkan Sorensen ‘Self-Esteem Test’.
4 Mencetak soal selidik dan mengumpul data September – Oktober Pengumpulan data yang dicadang dilakukan dalam bulan Oktober ditangguhkan untuk dilaksanakan pada awal tahun 2014.

 

 

Leave a comment