Aktiviti Kursus Asas Fasilitator 2013


Kursus Asas Fasilitator

Kursus ini bertujuan untuk menambah bilangan fasilitator atau pembimbing daripada kalangan pemimpin belia yang mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk membantu pihak masjid khususnya dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan golongan belia di tempat masing-masing. Pada tahun 2013, sejumlah dua kursus telah dijalankan dan dikendalikan dalam bentuk ceramah, aktiviti main peranan dan latihan amali yang berkaitan dengan bidang berikut:

  • Pembinaan semangat persaudaraan dan kerja sepasukan
  • Kesedaran dan pengurusan emosi kendiri
  • Perhubungan interpersonal dan harga diri
  • Peranan dan tanggungjawab fasilitator
  • Kemahiran asas kefasilitatoran
  • Komunikasi berkesan

Kursus tersebut telah berjaya mengumpul seramai 42 orang bakal fasilitator belia.

Kursus Asas Fasilitator.jpg2

Bil Pengelola

Tarikh dan Tempat

Pemanfaat

Perincian Pemanfaat

Penceramah / Fasilitator
1 BPP-MIS 17 orang 1.        Abdul Hadi bin Ishak ( IPG Rajang)

2.        Kamariah Lett (SMK Semirah Padi)

3.        Dr Zulwali Kifli Merawi (BPP-MIS)

4.        Ustaz Hasfa Bakhry bin Hassan

5.        Ustaz Ahmad Hafiz bin Jaafar (JAKIM)

25 – 27 Oktober

PLS, Kuching

10 Pelajar IPG TAR

3 Pelajar UiTM

1 Pelajar SEGI College

1 Belia Lepasan SMK Matang Hilir

2 Guru SMK Spaoh

2 BPP-MIS 25 orang 1.        Abdul Hadi bin Ishak ( IPG Rajang)

2.        Dr Zulwali Kifli Merawi (BPP-MIS)

3.        Yasmin bin Hj Hashim (SMK St Teresa Kuching)

4.        Ustaz Sulaiman bin Hashim (JPNS)

15 – 17 November

Hotel Penview Kuching

18 Pelajar IPG Batu Lintang

2 pelajar IPG TAR

5 pelajar UiTM

  Jumlah Pemanfaat 42 orang

Kursus Asas Fasilitator.jpg3

Leave a comment